Powered By Blogger

Sabtu, 14 November 2015

Muslimah Ditolak Ketika Tren Bergerak. Lagi...

Ibnu Hasyim: Video: Muslimah Ditolak Ketika Tren Bergerak. Lagi...: SEORANG wanita muslim yang sedang menunggu ketibaan kereta api di stesen Piccadilly di London telah ditolak tanpa sebab oleh seorang lel...

Gemparrrr!!!! Alvin ohh Alvin

       Alahaiiiii mamat sorang ni tak habis nak provoke orang islam kat Malaysia ni... kesian kat kau Alvin dok melalak kat USA sana tu... kau ingat kami heran dengan gelagat kau..takde maknanya puiiii...
         Cuma nak bagi ingat jer...rasenya takde lg orang islam kat malaysia yang nak hina amalan agama bangsa lain... memang ade isu terpinggir kalu ade perselisihan bab bab kepercayaan ni..tapi ade kau nampak kitorang bakar ke sepak ke calit t**i ke kat simbol agama lain...takde pekdahnya pun..buat penat je...
          Bagi kami Umat Islam..Al Quran tu amat mulia dan suci..Al Quran ade penjaganya... Kau calit t**i pada helaian Al Quran dan berbangga.. Kami sedikit pun tak gentar kerana yang pasti Allah SWT Maha Adil dan Maha Pengampun.. 
          Aku berdoa agar kau diberi hidayahNya..moga satu masa nanti air mata kau menitis atas penyesalan terhadap apa yang kau telah lakukan...

kbai..

Rabu, 11 Mac 2015

BERBEZA PANDANGAN ATAU KENA LAGA..?

Bila ulama dan profesional Pas dikatakan sentiasa bercakaran dalam pelbagai hal aku naik pening..hahaha.. walaupun aku bukan ahli Pas aku saje gatal tangan tulis perilaku Parti agama ni..
pergeseran ini lama dah berlaku tapi suma dok bawah karpet biar nampak molek pada pandangan umum.. Namun karpet dah membusut lalu berterabur sampah serata rumah..hahahaha..
So terjadi lah satu demo pertama kali dalam sejarah parti ini untuk memangkas sebahagian pimpinannya sendiri. Mula lah berlaku insiden kereta dibakar,muka ditumbuk ... berbagai penafian kedengaran puiii...hahaha..
So aku tertanya:
1) Siapa musuh siapa?
2)Sapa yang membakar?
3)Sapa yang menumbuk?
4)Sapa bagi idea wat demo?
hahahaha...

cuba korang pikir..
kbai..

Hak Asasi Senjata Tikam Islam.

Dah lama tak buka blog ni...baru dua post..hahaha... namo pun sesekali aku menulis...haha..
So ntah pekena aku hari ni gatal plak tangan menulis... Kalu korang perasan semenjak dua menjak ni, segala tatacara hidup,hukum dan apabenda yang berkaitan dengan Islam sering dipersoal oleh sindrom hak asasi..puiiiiii...hahaha..
Padahal islam itu menyeluruh dan syumul..Islam yang memberikan hak pada yang sepatutnya.Islam yang menentukan siapa yang berhak dan siapa yang bukan berhak... So pada pejuang  yang kononnya pejuang hak asasi,siapa kau nak menentukan hak asasi orang islam..
Kita pernah gempar bila ada segolongan orang Islam yang mahukan Hukum hudud dilaksanakan,tetiba ada malaun bukan islam menentang keras atas alasan hak asasi terjejas..puiii hahaha.. siap offer suruh langkah mayat lagi.. tapi yang paling best ada juga orang islam pertikai benda ni..kalu korang tak bersetuju please cuba bagi idea bagaimana nak laksana.Bukan korang pun sekaki join melalak bantah..apadaaa..
Baru baru ni bila beberapa orang lelaki yang kononnya nak jadi perempuan,yang dihukum di bawah Enakmen Syariah Negeri Sembilan telah mencabar perkara tersebut di Mahkamah Tinggi.Dimana tindakan MAINS adalah bertentangan dengan perlembagaan atas alasan hak asasi manusia.Woiii ni dah terlebih bangang namanya..Diorang fikir hak diorang berpakaian wanita ni betul...Habis tu macamana plak hak wanita sejati..so korang pikir bebaik aku bagi contoh mudah,agak agak la kat mana manusia dua alam masuk toilet bila nak terkencing.Toilet lelaki ke pompuan? Kalu toilet lelaki takut plak org lelaki takleh nk lepas hajat sebab diorang ni ada yang lawa sangat..haha.. kalu masuk toilet pompuan camna plak hak asasi orang pompuan,aurat diorang.
Aku rasa kalu kerajaan memandang perkara ni remeh maka macam macam isu hak asasi yang timbul nanti.. lebih lebih lagi bilamana mahkamah membenarkan permohononan makhluk dua alam ni berpakaian wanita atas isu hak asasi mereka.. Aku masih menanti Ketua Wanita Umno bersuara hal ini...kak jat..oooo kak jat...hahahahaa...

Ahad, 18 Ogos 2013

Tentera kepung Masjid Al-Fatih

Semoga Allah SWT akan menghantar Sang Penyelamat di Mesir.


Global


Tentera kepung Masjid Al-Fatih

Kaherah: Beratus-ratus orang terperangkap awal semalam dalam ketegangan antara penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi dengan tentera Mesir di sebuah masjid yang dijadikan rumah mayat sementara.
Ketegangan itu sekali gus meningkatkan kebimbangan kemungkinan keganasan akan merebak dan meluaskan lagi kekacauan di negara itu.

Masjid Al-Fatih di Dataran Ramses dekat tengah Kaherah menjadi kawasan tumpuan baru keganasan apabila lebih 1,000 orang berlindung di dalamnya berikutan pertempuran antara penunjuk perasaan yang ada hubungan dengan Ikhwanul Muslimin dengan pasukan keselamatan.
Penunjuk perasaan membawa rakan mereka yang terbunuh dan cedera dalam pertempuran di Dataran Ramses ke masjid itu, tempat Ikhwan membina sebuah hospital sementara.

Televisyen milik kerajaan EGYNews memetik pegawai tentera sebagai berkata, pasukan keselamatan akan menyediakan laluan selamat kepada mereka yang berada di dalam masjid itu.

Bagaimanapun, mereka yang di dalam bimbang untuk keluar kerana percaya akan diserang samseng berpakaian preman yang ada hubungan dengan tentera seperti yang berlaku beberapa hari lalu, kata seorang doktor dalam masjid itu.
Kumpulan di luar menembak masjid berkenaan, memecahkan tingkap dan kemudian cuba meruntuhkan pintu depannya, kata doktor berkenaan dan dua lagi yang berada dalam masjid itu.

Menurut doktor itu yang enggan mendedahkan namanya kerana alasan keselamatan, tentera memberitahu wanita boleh meninggalkan masjid itu, tetapi lelaki akan ditahan. Bagaimanapun, EGYNews memetik pegawai keselamatan sebagai berkata pemimpin penunjuk perasaan menghalang mereka yang ingin meninggalkan masjid itu.
Media lain menyiarkan rakaman menunjukkan lelaki dan wanita yang berlindung di dalam masjid itu menutup mulut dan hidung kerana bimbang tentera menembak gas pemedih mata ke dalam masjid.

Ketegangan itu berlaku beberapa jam selepas penunjuk perasaan tidak mempedulikan perintah berkurung sebaliknya kekal di Dataran Ramses dan jalan raya berhampiran sementara tentera dengan kereta perisai di kerah mengawal sekeliling dataran itu.

Tentera memberi amaran akan bertindak tegas ke atas mereka yang melanggar perintah berkurung berkenaan, meningkatkan lagi kebimbangan mengenai kemungkinan mereka akan melancarkan serangan seperti Rabu lalu yang meragut lebih 580 nyawa penyokong Mursi.

Pertempuran sengit kelmarin disifatkan sebagai paling buruk pernah berlaku di Kaherah sejak dua tahun lalu bermula selepas solat Jumaat apabila ribuan pengikut Ikhwan menunjuk perasaan membantah keganasan tentera Rabu lalu dan menuntut Mursi dilantik semula menjadi Presiden.

Angka kematian yang dilaporkan kedua-dua pihak berbeza.

Seorang petugas perubatan di Dataran Ramses berkata, 54 orang terbunuh sementara televisyen kerajaan, Nile TV berkata, hanya 17 orang mati sementara 40 cedera.

Di utara Mesir, Nile TV melaporkan, sekurang-kurangnya 16 terbunuh dan 140 lagi cedera tetapi agensi berita al-Ahram memetik pegawai kesihatan sebagai berkata, 21 orang mati.

Jumlah kematian tidak terhad kepada penyokong Mursi dan pasukan keselamatan. Sejumlah penduduk dan wartawan juga terbunuh selepas keganasan itu merebak. - AFhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TenterakepungMasjidAl-Fatih/Article/index_html

kepada mana umat islam didunia yang memperlecehkan perjuangan rakyat Mesir dalam menghadapi penentangan Tentera syaitan ini..anda amat malang kerana akal ciptaan Allah SWT kepada anda tidak diguna sebaiknya.. HASBUNALLAH WANI'MAL WAAKIL..




Isnin, 5 Ogos 2013

PEMBUKA BICARA

Bismillah...
Ini adalah post yang pertama dari aku untuk tatapan diri sendiri ataupun orang orang yang tersesat ke sini..hehe.. Blog ini secara rasmi dipublish untuk tatapan umum(kalau ada la yang baca)..
Aku akan cuba mengisi blog ini dengan info terbaru ataupun yang lama tapi diberi nafas baru.. Tulis panjang pun tak guna kita tengok masa depan blog ini nanti.. assalamualaikum..